Monday, 21 February 2011

Kuih tepung bunga

http://ummuayman.wordpress.com/2009/11/25/kuih-tepung-bunga/

Bahan-bahan:

500 gram tepung pulut
3 biji telur ayam
2 cawan air
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

  1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul rata.
  3. Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.

kuih peria

http://noraini-ibu-manja.blogspot.com/2010/07/kuih-peria.html

Bahan-Bahan
500 gm tepung pulut
250 ml santan pekat
sedikit pewarna merah
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Bahan Inti
500 gm kacang hijau
125 gm gula merah
125gm gula pasir
sehelai daun pandan

Cara Memasaknya
1. Untuk membuat inti, gula merah dan gula pasir dimasak hingga hancur. Tapis kedalam periuk besar.
2. Kacang hijau direbus dengan air secukupnya. Apabila hampir kembang, masukkan ke dalam air gula dan kacau hingga kering. Sejukkan.
3. Untuk membuat kulit peria, gaul tepung pulut dengan santan pekat dan garam sehingga sebati. Bahagikan dua bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi merah.
4. Gentel tepung hijau sebesar bola ping pong kemudian leperkan di atas tapak tangan. Bubuh 1 sudu kecil inti ke dalamnya dan kepalkan semula sebelum dibentukkan seperti buah peria.
5. Cucuk kulitnya dengan garpu agar menyerupai buah peria. (saya tidak menggunakan garpu tetapi menggunakan sepit untuk menyepit kuih makmur.) Ulang sampai habis. Kukus hingga masak dan angkat.

Thursday, 10 February 2011

Chilli Potatoes - Kak Jeni

Kentang 500g, rebus dan potong wedges
4 sdb tepung gandum
3 sdb tepung jagung
1 sdt garam
6-8 cili hijau dibelah 2
2 sdb bawang putih dicincang
1 sdb halia dicincang
1 sdb cili paste
3 sdb sos tomato
1 sdb cuka
1/2 sdt gula
1/2 sdt serbuk lada putih
Garam secukup rasa
6 sdb daun ketumbar
2 sdb minyak
Minyak utk menggoreng

Cara
  1. Campurkan tepung, tepung jagung dan garam tadi dan lumurkan pada kentang yang dah direbus tadi.
  2. Goreng dalam minyak hingga keemasan.
  3. Untuk menyediakan kuah/sos : Satukan cili paste, sos tomato, cuka, gula dan lada putih dalam satu mangkuk. Ketepikan.
  4. Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili hijau. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
  5. Kemudian masukkan bancuhan sos tadi, kacau dan rasa garamnya. Angkat.
  6. Taburkan daun ketumbar.
  7. Siap.

Wednesday, 9 February 2011

Roti Naik - Breadmaker

http://mamafami.blogspot.com/2011_01_01_archive.html

Ingredients :


1 cup lukewarm water
1 egg yolk (grade A)
180g sugar
35g shortening
1 teaspoon vanilla
a few drops of yellow food coloring
500g flour (I added more, I think about 100g more or less)
3g instant dried yeast
110g margarine

1 egg + a bit of fresh milk (for egg wash the buns)
a bit of butter for glazing

Bread Maker method :

1. Pour water, egg, sugar, shortening, vanilla and yellow food coloring into the bread maker pan. Top it with flour and yeast.
2. Set the breadmaker to Dough function.
3. Once the dough is just combined, add in margarine. Leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
4. Divide the dough into 20 equal portions. Form each into a ball and arrange on a baking tray.
5. Cover the buns and let it rise until double in size (it takes another 30-40 min) Brush the buns with some egg wash.
7. Bake in a pre-heated oven at 200 C 15-20 minutes or until golden brown.
8. Once out of the oven, brush with a bit of butter. Place on a wire rack to cool. Keep in an airtight container.

Tuesday, 8 February 2011

Lepat Liat

http://kak-rusnah.fotopages.com/?entry=1851905

2 - 2 1/4 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula merah
1 cawan air
sehelai daun pandan
daun pisang
1 cawan kelapa parut putih
sedikit garam
minyak masak

Cara membuatnya
1.Masak gula merah dengan air dan daun pandan -sejukkan
2.Sediakan kukusan,inti kelapa(kelapa+sikit garam halus) dan daun pisang.
3.Tepung pulut dicampur dgn secawan air gula yang ditapis dan dikacau sebati
4.Letakkan sesudu makan adunan di atas daun kelapa yang disapu sikit minyak dan ratakan.Letakkan inti kelapa .Balutkan kuih ini seperti membalut lepat pisang.
5.Kukuskan lebih kurang 15-20 minit dgn api sederhana.

Nasi pilau dan kari ayam

Nasi Pilau Pakistan

Sumber : myresipi.com

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
  • 4 cawan beras basmati
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair - xde susu cair, saya buh chicken stock jek
  • 1 biji bawangh besar dihiris
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 cawan sayur campuran
  • garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Panaskan periuk dan cairkan minyak sapi
  3. Goreng bawang yang dihiris hingga naik bawa dan layu
  4. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar
  5. Masukkan beras dan kacau rata
  6. Masukkan susu serta air dan masak nasi hingga nasi agak kering baru masukkan sayuran campur.


Gulai Ayam Pakistan

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 6-8 ketul ayam or kambing
  • 1 tin plum tomato (bukan tomato puri) - Pakai brand S&W Whole Peel Tomato
  • 1 labu besar bawang (dihiris)
  • 5 biji cili hijau (tambah ikut suka pedas)
  • 50gm daun ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • minyak untuk menumis
  • garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam terlebih dahulu
  2. Blend cili hijau bersama daun korianda/ketumbar
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hiris hingga naik bau dan layu
  4. Masukkan bahan yang di blend tadi, kacau dan masukkan serbuk jintan dan serbuk ketumbar. Kemudian masukkan plum tomato bersama jus nya sekali.
  5. Lepas tu baru masukkan ayam, garam dan perasa secukupnya...
  6. Masak sampai ayam empuk dengan api perlahan dan kuahnya agak pekat
  7. p/s: Resepi ini tak gunakan air atau santan...

Portugese Tart

rujukan http://www.keklapis.com/01/resepi/item/304-portugese-tart.html

Egg tart yg dibuat dgn puff pastry. Takde whipping cream, permukaan tart tu tak jadi hanggus sikit yg sepatutnya. Nanti buat lagi dgn whipping cream akan tukar gambar ni.

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 1 keping Puff Pastry (Saya guna buatan sendiri)
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan Whipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara

  1. Panaskan oven, 200ÂșC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.

Apam beras tanpa ragi

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati (tambah pewarna, jika suka sebelum adunan diperap).
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Roti Puri - Resipidotnet


Bahan-bahannya:
1 kilo tepung gandum
4 sudu minyak sapi
1 sudu teh garam
Air secukupnya untuk menguli
3 cawan minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak sapi hingga cair. Masukkan ke dalam tepung. Gaul rata dengan senduk (guna tangan...melecur lak nanti). Kemudian masukkan air yang telah dikacau bersama garam secukupnya. Uli hingga jadi macam nak buat doh karipap. Kemudian ambil doh sebesar macam nak buat karipap....canaikan bulat dan nipis (jangan tebal...nanti tak jadi). Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan doh yang dicanai nipis tadi. Bila digoreng ia akan naik menggelembung (kalau tak gelembung..tak jadi....kena canai nipis) Balikkan dan bila dah kuning bolehlah angkat ke dalam pinggan yang dialas dengan kertas kitchen.